Sunday, September 18, 2011

لو أنزلنا هذا القرآن على جبل









لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

tafsir zilal mengenai ayat ini :
'inilah gambaran yang sebenar-benarnya. kerana keberatan(kehebatan) dan kekuasaan AlQuran itu sendiri boleh menyebabkan gunung yang berpasak dengan kuat di muka bumi pecah apabila menerima alQuran kerana takutkan Allah.

begitu juga kesannya kepada hati manusia apabila mendengar ayat2 Allah, maka bergetar hati-hati mereka kerana takutkan azab Allah.sepertimana kisah umar al khattab apabila mendengar seseorang membacakan :

والطور، وكتاب
مسطور، في رق منشور، والبيت المعمور، والسقف المرفوع، والبحر المسجور، إن عذاب ربك
لواقع ما له من دافع "

'Demi bukit Thur(sinai). dan demi kitab yang ditulis. pada lembaran yang terbuka. demi baitul ma'mur(kaabah). demi atap yang ditinggikan(langit). demi lautan yang penuh gelombang. sungguh azab Tuhanmu pasti terjadi. tidak sesuatu pun yang dapat menolaknya.'

ayat ini menyebabkan Umar tersandar di dinding dan hatinya bergetar kerana takutkan azab Allah.Lihat bagaimana kesan ayat alQuran ini mampu menggetarkan hati manusia dan Allah beri perbandingan yang amat jelas dalam surah alhasyr hinggakan gunung boleh pecah berderai tatkala Quran diturunkan keatasnya.

Sunday, August 7, 2011

فرسان بالنهار رهبان بالليل



Bismillah.

Alhamdulillah.

Syukur masih diberi peluang untuk berada di bulan ramadhan tahun ni.



Tapi,ramadhan kali ni,bertembung dengan imtihan final.pada mulanya terasa tidak tahu hendak mengurus masa bagaimana untuk bahagikan masa untuk menghayati ramadhan dan pada masa yang sama menyediakan diri untuk imtihan.Allah musta3an insyaAllah.walaubagaimanapun semua itu ketentuan Allah.terpulang pada kita sendiri untuk menyusun dan membahagikan masa sebaiknya tanpa mengabaikan keduanya.

maka timbul persoalan

" ish, cmne nk study ni,siang puasa,malam terawih, balik terawih dah lewat,
siang lapar asek tido je "

bukankah setiap kali ramadhan, sering kedengaran orang Arab berkata

" رمضان كريم " " رمضان مبارك "

maksudnya ramadhan y diberkati, maka berdoalah dengan sepenuh hati semoga dipermudahkan urusan ketika imtihan, maka bangunlah malam (قيام الليل) dan berdoalah kerana ketika waktu itu waktu mustajab doa.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah : 186


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِي إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(teringat Syeikh Hatim mengulang ayat ini berkali2 ketika solat terawih 2 ramadhan)


di sini saya inginberkongsi sedikit sebanyak, rutin yang mungkin boleh kita amalkan untuk cuba membahagikan masa sempena imtihan dan ramadhan.


2.30 pagi : solat taubat

solat tahajud

solat hajat

doa solat tahajud seperti yang Rasulullah amalkan

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ

وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ

اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ

فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ

أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ

Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq (Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir, tidak ada sembahan kecuali Engkau.


3.15 pagi : sahur secukupnya

3.45 pagi : apabila azan, solat sunat subuh 2 rakaat

solat subuh berjemaah

mathurat wazifah kubra

tadarus dengan ahli bait

tadarus fardhi (5-10 muka)

study sementara tunggu matahari terbit

solat dhuha

Sabda Rasulullah :

من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

siapa yang solat subuh berjemaah kemudian duduk dan berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari kemudian solat dua rakaat (solat dhuha) maka baginya pahala seperti melakukan haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.


- semoga kita dapat manfaatkan waktu pagi selepas subuh sebeiknya kerana waktu ini udara paling segar dan sesuai untuk badan, dan terbukanya pintu rezeki -

doa dhuha yang boleh diamalkan selepas solat dhuha

http://www.youtube.com/watch?v=1e-9puhEZ-I (doa dhuha unic-senang sikit nak hafal)



p/s : kalau mengantuk masa tunggu matahari terbit, boleh bangun dan berjalan2 dalam rumah (antara yang Umar Abdul Aziz amalkan untuk elakkan mengantuk sementara tunggu waktu matahari terbit)

sebelum zohor atau selepas zohor (qailullah sekejap : maximum sejam ye kawan2)

kenapa perlu qailullah?

1- untuk compensate waktu tidur yang sedikit tadi.(tak tidur selepas subuh)

2- untuk beri tenaga supaya dapat beribadah di malam hari(terawih dan tahajud)

selepas solat zohor : tilawah quran (5-10 muka)

sambung study (tajdid niat dan baca doa)

solat asar : solat sunat sebelum solat asar

solat asar berjemaah

mathurat wazifah sughra

sambung study atau buat soalan

bagi yang ditugaskan masak dalam jam 5 - 5.30 boleh start masak


solat maghrib dan berbuka : sementara tunggu azan maghrib, ambil masa sejenak dan
berdoa

berbuka ringan(kurma,air,buah)

solat maghrib jemaah

berbuka berat (jangan berat sangat,takut mengantuk masa
terawih nanti)

bersiap untuk terawih






11 malam : balik terawih dan bersiap untuk tidur (doa supaya bangun qiam dan sahur)


فرسان بالنهار رهبان بالليل

kuda di siang hari, rahib di malam hari

bersungguh-sungguh study dan menunaikan amalan seharian di siang hari,
menjadi rahib dengan beribadah kepadaNya di malam hari.

Semoga Allah memberkati ramadhan dan hari2 selepas ramadhan.
Amin.

Wallahu'alam.