...impian semalam adalah kenyataan hari ini... ...impian hari ini adalah kenyataan hari esok...
Sunday, September 18, 2011
لو أنزلنا هذا القرآن على جبل
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
tafsir zilal mengenai ayat ini :
'inilah gambaran yang sebenar-benarnya. kerana keberatan(kehebatan) dan kekuasaan AlQuran itu sendiri boleh menyebabkan gunung yang berpasak dengan kuat di muka bumi pecah apabila menerima alQuran kerana takutkan Allah.
begitu juga kesannya kepada hati manusia apabila mendengar ayat2 Allah, maka bergetar hati-hati mereka kerana takutkan azab Allah.sepertimana kisah umar al khattab apabila mendengar seseorang membacakan :
والطور، وكتاب
مسطور، في رق منشور، والبيت المعمور، والسقف المرفوع، والبحر المسجور، إن عذاب ربك
لواقع ما له من دافع "
'Demi bukit Thur(sinai). dan demi kitab yang ditulis. pada lembaran yang terbuka. demi baitul ma'mur(kaabah). demi atap yang ditinggikan(langit). demi lautan yang penuh gelombang. sungguh azab Tuhanmu pasti terjadi. tidak sesuatu pun yang dapat menolaknya.'
ayat ini menyebabkan Umar tersandar di dinding dan hatinya bergetar kerana takutkan azab Allah.Lihat bagaimana kesan ayat alQuran ini mampu menggetarkan hati manusia dan Allah beri perbandingan yang amat jelas dalam surah alhasyr hinggakan gunung boleh pecah berderai tatkala Quran diturunkan keatasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)