drHusnaunE
...impian semalam adalah kenyataan hari ini... ...impian hari ini adalah kenyataan hari esok...
Monday, November 12, 2012
ya Quds inna qodimun
Al quds bukan sahaja isu sebuah masjid, bukan sahaja isu pembebasan tanah air, tapi isu aqidah umat Islam
Kisah perjuangan mujahid di Gaza merupakan kisah pembangunan umat. Kisah Jihad. Kisah pengorbanan. Kisah Thabat. Kisah umat yang tak pernah kenal erti penat.
"ghaza ardhul izzah"
tarbiyah anak-anak Gaza bermula di masjid, hidup mereka terikat dgn masjid dan al-Quran. sejak kecil, diajar tentang jihad, pengorbanan, janji-janji syurga yang bakal menjemput mereka saat mereka syahid, perasaan gembira hendak bertemu sang Pencipta.
Kerana ini, mereka tak kenal erti penat. Mereka lebih rela berjual beli dengan Allah
"wahai org2 yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"
"(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAmu.Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
"niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat tinggal yang baik dalan syuga 'Adn.itulah kemenangan yang agung."
"dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai iaitu PERTOLONGAN dari ALLAH dan KEMENANGAN yang dekat(waktunya).Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin."
-surah soff: 10-13-
Si ibu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk syahid di jalanNya.
Setiap masjid berlumba-lumba melahirkan para syuhada' dari didikan masjid masing-masing.
INI KISAH MEREKA! ! !
apakah kita mempunyai kisah sehebat mereka?
apakah cerita-cerita hebat yang bakal kita ceritakan bersama para syuhada' ketika di Jannah ?
Cukupkah hanya dengan tidur yang tidak cukup kerana menghabiskan bahan bacaan usrah? sedangkan mereka Tidak Tidur berjaga malam di pos masing2 ...
Cukupkah dengan Tilawah satu juzu' sehari yang itupun susah untuk kita cari masa untuk habiskan ? sedangkan mereka baca lebih dari itu...
Layakkah kita merungut tentang sakit-sakit badan kerana seharian berdiri kerana menghadiri program ? sedangkan mereka terkena serpihan runtuhan bangunan sehingga meninggalkan parut di badan mereka...
umat yang hebat lahir dari pengorbanan yang juga hebat yang akidah mereka juga hebat tahamul mereka juga hebat
Ya Qudsu inna Qodimun!
Sunday, May 13, 2012
Khas untuk mama~_~
seorang ibu apabila dia tahu bahawa dia sedang mengandung anak pertama, bayangkan betaoa gembiranya dia kerana dia bakal melahirkan seorang zuriat hasil perkongsiannya dengan suami tercinta.
tapi mungkin saat itu juga dia merasa cemas, adakah dia telah benar2 bersedia untuk menjadi seorang ibu yang mampu mengasuh dan mendidik anak-anaknya. memikirkan juga wang yang perlu dibelanjakan untuk anak yang bakal dilahirkan dan dibesarkan. mungkin wang bukan perkara besar. tapi apa yang lebih dirisaukan ialah bagaimana dia hendak membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dengan memberi tunjuk ajar yang betul agak anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh yang boleh memimpin tangannya kelak ke syurga yang kekal abadi dan menyelamatkannya dari api neraka yang bahan bakarnya batu dan manusia.
saat melahirkan apabila terdengar tangisan pertama dari anak yang pertama,segala rasa sakit yang dilalui sebelum itu hilang dan hanya perasaan gembira dan terharu apabila melihat wajah anak yang baru dilahirkan.
dia membesarkan anaknya dengan sabar.tidak lama selepas itu lahir pula anak kedua.bertambah kegembiraan apabila kehadiran anak kedua.dan hingga kini telah ada 8 orang anak yang telah diasuhnya dengan gigih sehingga mereka menjadi orang yang berguna.
Along , Aton , Faiz , Imi , Nina , Dibah , Ayep , Jannah ....
TERIMA KASIH MAMA -- SELAMAT HARI IBU -- dari kami semua~
siapakah beliau??? ^_^
ibu kami~!~
ibu kami~!~
Sunday, September 18, 2011
لو أنزلنا هذا القرآن على جبل
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGZ3DFxYv9K7gsy6NelZjsNitwUbjl5lAMatjsZUp4fpBzjuxJbmfMWeQc4IcpWvaTdOvm91JalQUWK5vXXPT-Zwn1ncA-Owi5VYzMrOaebiK5TiqjASXpe9YbLXIFQGEldr0UIapjlEck/s320/wyoming-rocky-mountains.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMvIAI_64NkGLY6sl0_xhb7M3X3TQiQBuVKB5cj9M0YmVIy0rCu7gDSlC_nuvXb-CK-AX5C2lc5NZz_hYQCDPtm75KwglY26hSl3KK2EVG7VwFr9YFx932s2pnK2ne8-3KYglIWAcnwTlp/s320/quran.gif)
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
tafsir zilal mengenai ayat ini :
'inilah gambaran yang sebenar-benarnya. kerana keberatan(kehebatan) dan kekuasaan AlQuran itu sendiri boleh menyebabkan gunung yang berpasak dengan kuat di muka bumi pecah apabila menerima alQuran kerana takutkan Allah.
begitu juga kesannya kepada hati manusia apabila mendengar ayat2 Allah, maka bergetar hati-hati mereka kerana takutkan azab Allah.sepertimana kisah umar al khattab apabila mendengar seseorang membacakan :
والطور، وكتاب
مسطور، في رق منشور، والبيت المعمور، والسقف المرفوع، والبحر المسجور، إن عذاب ربك
لواقع ما له من دافع "
'Demi bukit Thur(sinai). dan demi kitab yang ditulis. pada lembaran yang terbuka. demi baitul ma'mur(kaabah). demi atap yang ditinggikan(langit). demi lautan yang penuh gelombang. sungguh azab Tuhanmu pasti terjadi. tidak sesuatu pun yang dapat menolaknya.'
ayat ini menyebabkan Umar tersandar di dinding dan hatinya bergetar kerana takutkan azab Allah.Lihat bagaimana kesan ayat alQuran ini mampu menggetarkan hati manusia dan Allah beri perbandingan yang amat jelas dalam surah alhasyr hinggakan gunung boleh pecah berderai tatkala Quran diturunkan keatasnya.
Sunday, August 7, 2011
فرسان بالنهار رهبان بالليل
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwAV1zBviuEphaniwT9MI3VfZIfkGpDDka38Jz_vBz4LIZUH3kflcPJaCKk8odvSUiTEHNq1GfxuP3Ve6c0l7LUzBK03dooN4jYrHZr-JSk1q53abjfgdizH5Mdnibe_2KMrjwef_d3d1k/s320/mission-ramadhan-cropped.jpg)
Bismillah.
Alhamdulillah.
Syukur masih diberi peluang untuk berada di bulan ramadhan tahun ni.
Tapi,ramadhan kali ni,bertembung dengan imtihan final.pada mulanya terasa tidak tahu hendak mengurus masa bagaimana untuk bahagikan masa untuk menghayati ramadhan dan pada masa yang sama menyediakan diri untuk imtihan.Allah musta3an insyaAllah.walaubagaimanapun semua itu ketentuan Allah.terpulang pada kita sendiri untuk menyusun dan membahagikan masa sebaiknya tanpa mengabaikan keduanya.
maka timbul persoalan
" ish, cmne nk study ni,siang puasa,malam terawih, balik terawih dah lewat,
siang lapar asek tido je "
bukankah setiap kali ramadhan, sering kedengaran orang Arab berkata
" رمضان كريم " " رمضان مبارك "
maksudnya ramadhan y diberkati, maka berdoalah dengan sepenuh hati semoga dipermudahkan urusan ketika imtihan, maka bangunlah malam (قيام الليل) dan berdoalah kerana ketika waktu itu waktu mustajab doa.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah : 186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِي إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(teringat Syeikh Hatim mengulang ayat ini berkali2 ketika solat terawih 2 ramadhan)
di sini saya inginberkongsi sedikit sebanyak, rutin yang mungkin boleh kita amalkan untuk cuba membahagikan masa sempena imtihan dan ramadhan.
2.30 pagi : solat taubat
solat tahajud
solat hajat
doa solat tahajud seperti yang Rasulullah amalkan
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ
فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ
Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq (Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir, tidak ada sembahan kecuali Engkau.
3.15 pagi : sahur secukupnya
3.45 pagi : apabila azan, solat sunat subuh 2 rakaat
solat subuh berjemaah
mathurat wazifah kubra
tadarus dengan ahli bait
tadarus fardhi (5-10 muka)
study sementara tunggu matahari terbit
solat dhuha
Sabda Rasulullah :
من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
siapa yang solat subuh berjemaah kemudian duduk dan berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari kemudian solat dua rakaat (solat dhuha) maka baginya pahala seperti melakukan haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna.
- semoga kita dapat manfaatkan waktu pagi selepas subuh sebeiknya kerana waktu ini udara paling segar dan sesuai untuk badan, dan terbukanya pintu rezeki -
doa dhuha yang boleh diamalkan selepas solat dhuha
http://www.youtube.com/watch?v=1e-9puhEZ-I (doa dhuha unic-senang sikit nak hafal)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihDZ2-EkK0WOdN1jQlGmXSXSyMI7REzK1GIRn6zrUxdRUUds7SyLlv5pe3nDSRdLJAXcXARhqkEvmYRUVbdLqKOl5ezIQYK5n6bLQzs_nu4BK24zReXOrX06d2WsRlu_PBi-q01z2Y_4TN/s320/solat-dhuha-lates.jpg)
p/s : kalau mengantuk masa tunggu matahari terbit, boleh bangun dan berjalan2 dalam rumah (antara yang Umar Abdul Aziz amalkan untuk elakkan mengantuk sementara tunggu waktu matahari terbit)
sebelum zohor atau selepas zohor (qailullah sekejap : maximum sejam ye kawan2)
kenapa perlu qailullah?
1- untuk compensate waktu tidur yang sedikit tadi.(tak tidur selepas subuh)
2- untuk beri tenaga supaya dapat beribadah di malam hari(terawih dan tahajud)
selepas solat zohor : tilawah quran (5-10 muka)
sambung study (tajdid niat dan baca doa)
solat asar : solat sunat sebelum solat asar
solat asar berjemaah
mathurat wazifah sughra
sambung study atau buat soalan
bagi yang ditugaskan masak dalam jam 5 - 5.30 boleh start masak
solat maghrib dan berbuka : sementara tunggu azan maghrib, ambil masa sejenak dan
berdoa
berbuka ringan(kurma,air,buah)
solat maghrib jemaah
berbuka berat (jangan berat sangat,takut mengantuk masa
terawih nanti)
bersiap untuk terawih
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigDdvM0fJ8knLOTM6YiVuPpjdn4A_IbtjHfXTMy_TbK95VwiX694JWypvnQa6wTwOkL7s0_34rF1MXKWoVS37KTUb_VT8yED_dYRGIZvIB_jg1t083pr-7Fee6QefAlERwAxrFcepakq3o/s320/egypt-mosque.jpg)
11 malam : balik terawih dan bersiap untuk tidur (doa supaya bangun qiam dan sahur)
فرسان بالنهار رهبان بالليل
kuda di siang hari, rahib di malam hari
bersungguh-sungguh study dan menunaikan amalan seharian di siang hari,
menjadi rahib dengan beribadah kepadaNya di malam hari.
Semoga Allah memberkati ramadhan dan hari2 selepas ramadhan.
Amin.
Wallahu'alam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_1AOXs3kzKqgGV1iquVkBfeT6vpEZUS3K2ptQmf2-uA65wO_7FT17d8XQ4RGpFDPgpHfqk4Fw-Q5tjTTjJegga_NT0GbHz5dBREckL0vxJS1k0BK0ztk3CseLFe6o9MhKjJWvpDI-POym/s320/ExamQuotesBiasa.jpg)
Sunday, November 28, 2010
Mother-Mama-Umi-Ibu-Mak
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJOIxss8ZXc0NoZF5JgsIHQKFuxXw-WDG2eg8EjNkh2vdNRfXlevXQJUT3IP7k4N-NPZ9lX7GLDL7ZgIuqP7oXHZfoViZI4nBAn91XIWw7uXepw9FN51M6SL26P9JPomoljt3WIPCfuTfl/s320/62911_149129258458276_100000836074089_214144_1037704_n.jpg)
just translation of a song I recently heard...miss my mum
Hi Mother, Dear Mother, how are you doing?
Sorry I haven’t called recently, I’m getting by okay…
*Your body is small and so are your hands
White hairs are mixed in and you’ve grown more genial
But to me you’re still bigger than anything, stronger than anyone
I want to tell my kids about this love that supported me
Even though I grow impatient when I’m near you
When you’re far away from me I grow lonely
That’s who you are to me, you can cut through any problem and solve it
And you have the most patience and toughness of anyone I know
You would always be concerned over my well-being before your own
Cooking, doing the laundry, cleaning, raising a child
You even worked during your free time
You would only require things from the lowest places
I didn’t understand even though it was so obvious
It wasn’t until I started living by myself that I understood
Whenever I think of how much you’ve accomplished
And how hard it must have been, I feel like I can try my best today
(Repeat*)
I’d say, “Wake me up at seven a.m.”
And you would wake me up right on time
But I would be unfair to you
And say the words “shut up” while I was still half-asleep
This was the daily routine
You never made one tired face
And woke me up every day
Warmer and more accurately than any alarm clock
But then one day I skipped school and said, “I don’t wanna go”
I wouldn’t leave my futon and you stood in front of me
Hid your face with both hands and cried loudly
I also felt sad and cried
At that time I blamed myself wondering, “How could I be so stupid?”
Your body is small and so are your hands
White hairs are mixed in and you’ve grown more genial
But to me you’re still bigger than anything, stronger than anyone
I give you thanks for this love that supported me, my mother
I know there’s nothing more painful in the world
Than a parent burying their child
So I’ll make sure it never happens
Even if I only live one second longer than you
I’ll make sure of it…
I’m glad I’m your child
I’m glad you’re my mother
And that won’t ever change
It won’t ever change for all time
Because I am the very image of you…
(Repeat*)
Be my mother forever
Be well forever
You still have one more job left to do
And that’s to accept your son’s love and respect for you…
Sunday, November 21, 2010
AKAL 2010 'adakah kau lupa' promo
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3Wc5b4rK6LdtOoHbIZQ_tQMili9H5aVLZ-GhpaaGxnZWkQnglG2lPvA-iKCY75_DAVV951RJ_rYW_SxrhftDNtZSR39LeB2ykjtRR_c5dHgEt_ywcll1v4Krv6f1-9FQizQaPHyOiRCif/s320/akal+2010+promo.jpg)
"Hampir2 bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia mengerumuni makanan mereka.Seorang sahabat bertanya:apakah kerana kami sedikit waktu itu?Baginda menjawab:tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu umpama buih seperti buih banjir.Allah akan mencabut perasaan gerun pihak musuh daripada kamu dan Allah akan campakkan al-wahn ke dalam hati kamu.Bertanya seseorang,apakah alwahn itu?Baginda menjawab:cintakan dunia dan bencikan mati." (riwayat Abu Daud)
Friday, November 19, 2010
"penjenayah" mereka kata, krn aku tolak kezaliman yg besar, krn ak tolak hidup mendiamkan diri, dlm dakapan paksaan yg pahit,
Biarlah mereka dgn kata2 mereka, Engkaulah yang ku harapkan keredhaanNya, Engkaulah yg tahu betapa untuk Mu aku sanggup gadaikan hidup ini,
mereka tidak mungkin boleh memadammu dari sejarah kami, mereka tidak mungkin boleh merampasmu dari hati kami ...
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka org2 yg terbunuh(yg gugur syahid) pd jalan Allah itu mati(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. [ali-imran,169]
"...org yg cedera di jalan Allah, akan datang pada hari qiamat kelak dengan berwarna darah dan berbau kasturi."
'...sedarlah bahawa mati pasti akan tiba dan ia hanya sekali.Jika kamu jadikan kematian kamu di jalan Allah, kamu akan beroleh keuntungan di dunia dan pahala di akhirat...'
Rujukan : MR,ya maulai song.
Biarlah mereka dgn kata2 mereka, Engkaulah yang ku harapkan keredhaanNya, Engkaulah yg tahu betapa untuk Mu aku sanggup gadaikan hidup ini,
mereka tidak mungkin boleh memadammu dari sejarah kami, mereka tidak mungkin boleh merampasmu dari hati kami ...
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka org2 yg terbunuh(yg gugur syahid) pd jalan Allah itu mati(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. [ali-imran,169]
"...org yg cedera di jalan Allah, akan datang pada hari qiamat kelak dengan berwarna darah dan berbau kasturi."
'...sedarlah bahawa mati pasti akan tiba dan ia hanya sekali.Jika kamu jadikan kematian kamu di jalan Allah, kamu akan beroleh keuntungan di dunia dan pahala di akhirat...'
Rujukan : MR,ya maulai song.
Subscribe to:
Posts (Atom)