Monday, November 12, 2012

ya Quds inna qodimun

Al quds bukan sahaja isu sebuah masjid, bukan sahaja isu pembebasan tanah air, tapi isu aqidah umat Islam Kisah perjuangan mujahid di Gaza merupakan kisah pembangunan umat. Kisah Jihad. Kisah pengorbanan. Kisah Thabat. Kisah umat yang tak pernah kenal erti penat. "ghaza ardhul izzah" tarbiyah anak-anak Gaza bermula di masjid, hidup mereka terikat dgn masjid dan al-Quran. sejak kecil, diajar tentang jihad, pengorbanan, janji-janji syurga yang bakal menjemput mereka saat mereka syahid, perasaan gembira hendak bertemu sang Pencipta. Kerana ini, mereka tak kenal erti penat. Mereka lebih rela berjual beli dengan Allah "wahai org2 yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" "(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWAmu.Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." "niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat tinggal yang baik dalan syuga 'Adn.itulah kemenangan yang agung." "dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai iaitu PERTOLONGAN dari ALLAH dan KEMENANGAN yang dekat(waktunya).Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin." -surah soff: 10-13- Si ibu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk syahid di jalanNya. Setiap masjid berlumba-lumba melahirkan para syuhada' dari didikan masjid masing-masing. INI KISAH MEREKA! ! ! apakah kita mempunyai kisah sehebat mereka? apakah cerita-cerita hebat yang bakal kita ceritakan bersama para syuhada' ketika di Jannah ? Cukupkah hanya dengan tidur yang tidak cukup kerana menghabiskan bahan bacaan usrah? sedangkan mereka Tidak Tidur berjaga malam di pos masing2 ... Cukupkah dengan Tilawah satu juzu' sehari yang itupun susah untuk kita cari masa untuk habiskan ? sedangkan mereka baca lebih dari itu... Layakkah kita merungut tentang sakit-sakit badan kerana seharian berdiri kerana menghadiri program ? sedangkan mereka terkena serpihan runtuhan bangunan sehingga meninggalkan parut di badan mereka... umat yang hebat lahir dari pengorbanan yang juga hebat yang akidah mereka juga hebat tahamul mereka juga hebat Ya Qudsu inna Qodimun!

No comments:

Post a Comment