Sunday, May 13, 2012

Khas untuk mama~_~

seorang ibu apabila dia tahu bahawa dia sedang mengandung anak pertama, bayangkan betaoa gembiranya dia kerana dia bakal melahirkan seorang zuriat hasil perkongsiannya dengan suami tercinta. tapi mungkin saat itu juga dia merasa cemas, adakah dia telah benar2 bersedia untuk menjadi seorang ibu yang mampu mengasuh dan mendidik anak-anaknya. memikirkan juga wang yang perlu dibelanjakan untuk anak yang bakal dilahirkan dan dibesarkan. mungkin wang bukan perkara besar. tapi apa yang lebih dirisaukan ialah bagaimana dia hendak membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dengan memberi tunjuk ajar yang betul agak anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh yang boleh memimpin tangannya kelak ke syurga yang kekal abadi dan menyelamatkannya dari api neraka yang bahan bakarnya batu dan manusia. saat melahirkan apabila terdengar tangisan pertama dari anak yang pertama,segala rasa sakit yang dilalui sebelum itu hilang dan hanya perasaan gembira dan terharu apabila melihat wajah anak yang baru dilahirkan. dia membesarkan anaknya dengan sabar.tidak lama selepas itu lahir pula anak kedua.bertambah kegembiraan apabila kehadiran anak kedua.dan hingga kini telah ada 8 orang anak yang telah diasuhnya dengan gigih sehingga mereka menjadi orang yang berguna. Along , Aton , Faiz , Imi , Nina , Dibah , Ayep , Jannah .... TERIMA KASIH MAMA -- SELAMAT HARI IBU -- dari kami semua~ siapakah beliau??? ^_^
ibu kami~!~

No comments:

Post a Comment